Tuesday, 5 November 2013

Aiskrim Pelangi... Wooooo Tak Payah Beli Dah..


Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ni saya nak kongsi resepi ais krim pulak. Selalunya buat ais krim versi coklat je tapi kali ni nak ubah versi pelangi pulak. Lama juga ler dah tak buatnya esbox tu selalu sarat je dengan ikan, daging lah dan macam-macam lagi lah.


Kebetulan kali ni dah kosong esboxnya so boleh ler buatkan ais krim buat keluarga tersayang.  Bagi yang kita buat sendiri lagi rasa best berbanding yang beli.

Jom tengok resepinya yang saya berlajar dari Cik Google ehek*.





AISKRIM PELANGI
Bahan-bahan


  • 1 biji telur - jika suka. Tapi saya suka hehehe

  • 2 sudu besar ovelett
  • 1/2 tin susu pekat - ikut manis mana yang disukai. Pada saya yang ni dah cukup
  • 1/2 tin susu segar/susu cair - biasanya saya guna susu cair je terjamin ada dalam stok
  • 1 tin air suam - gunakan tin penyukat yang sama yer dengan susu-susu tadi
  • 1 sudu kecil perisa yang digemari
  • Pewarna yang digemari




    Caranya


    1.   Campurkan kesemua bahan yang ada dan putar sehingga betul-betul kembang. Biasanya step ni saya campur dalam mangkuk dulu bagi rata baru putar sikit-sikit guna mixture. Sebabnya karang kalau masuk semua dia akan kembang dan terkeluar pulak dari mangkuk tu. Putar hingga teksturnya betul-betul halus dan berkrim.


2. Bahagiakan kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa yang digemari.





3. Tuang dalam bekas berselang seli sehingga selesai. Untuk adunan ni selalunya saya dapat dalam 500g lebih rasanya. Kena guna 2 bekas besar.




4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman. Selalunya ia akan membeku keesokan hainya Insha Allah.





Dan... Wallah dah siap pun. Hidangkan bersama coklat hersey, badam kisar, kacang kisar, coklat rice, krim putar atau apa-apa sajalah gerenti sedap :)